Banner 468

Saturday, 25 June 2011

Sabar jer la dengan sifat manusia ni....


3 komen
 

Sifat manusia yang kita tak boleh nak ubah yang lahir dari perasaan manusia ialah sifat dengki dan cemburu. Tak habis2 nak dengki sehinggakan sanggup menfitnah dan mempengaruhi orang lain. Tak tahulah apa yang dorang tak puas hati sangat tu....yang geramnya dekat Facebook bukan main hebat lagi wat status sindir2 orang...tapi bila ajak bersemuka taknak@pengecut!.


Bila kita wat ayat bagus skit kata berlagak lah, angkuh la....tapi kalau dia kutuk orang tak sedar plak yang dia tu lagi teruk!!. Hello, ko tak kenal aku..so layakkah kau menilai seseorang yang kau kenal kat alam maya?...bukannya REALITI!...bak kata omputih dont judge a book by its cover. Sebelum tu sorry la kalau aku ada wat salah dengan ko..(walaupun aku tak tahu apa salah aku,..cer explain).

Setiap manusia ada tahap kesabarannya. Jadi, tak payahlah nak keruhkan lagi keadaan. Aku mengaku aku bukannya sempurna....masing2 ada wat salah cuma mungkin aku tak prasan. Janganlah ambil hati.


Satu lagi, janganlah nak benci-membenci ni....tak elok. Kalau benci bukan boleh membaikkan lagi keadaan tapi sebaliknya. Jangan gunakan laman sosial untuk kau memaki hamun secara terbuka...kan elok kalau kau inbox jer. Kepada yang buat page kutuk2 aku tu better korang delete....nanti takder lah dosa korang tu bertambah. Benda boleh selesaikan secara baik. 

Kepada haters yang terbaca entry ni nanti inbox la aku apa yang korang tak puas hati tu...tambah2 tukang yang create page tu. Sekian...
Readmore...
Thursday, 23 June 2011

Entry Pengenalan: Siapa Dayniel Izham?...


13 komen
 
Setelah sekian lama aku pendamkan keinginan aku untuk menjadi seorang blogger akhirnya tercapai. Dengan adanya blog peribadi aku ni.

Idea ini mula tercetus sejak aku di sem 1 universiti lagi, ramai kawan aku yang dah ada blog cuma aku jer yang takder lagi masa tu.....ramai gak la yang perli aku terutamanya kawan baik aku si Zakry dan Haniff. haha. Walaupun tak pandai sangat selok-belok blogging nie...tapi sekurang-kurangnya impian aku telah tercapai. So, si Zakry dan Haniff tak boleh perli aku lagi...hehe.

Ramai juga kawan facebook yang suruh aku wat blog, tapi aku tolak sebab kelapangan masa dan tahap penguasaan aku dalam dunia blogging ni. Ilmu pon kurang lagi. Namun, aku beruntung kerana aku ada seorang member Facebook ni nama dia Ahmad Fikrizaman, dialah yang ajar aku asas dalam blogging ni......dari aku tak tahu apa itu domain, hosting dan sebagainya....sehinggalah aku jadi tahu dan mula ambil tahu. haha...Terima kasih Fikri!. Ok stop.

.................................................................

Nak jadi blogger ni asasnya mestilah MINAT!....kalau setakat blogging nak kejar duit memang lingkuplah. Aku tak nafikan tujuan aku menceburi dunia blogging ni antaranya adalah minat dan wang (ni si Zakry la yang kaburkan mata aku ni...haha). Tapi, bukan setakat minat dan wang ringgit sahaja yang membangkitkan semangat aku untuk berblogging...pengaruh rakan juga adalah faktornya. Seperti yang aku cakap..yang paling penting minat la.

Ok dah....tak perlu kot aku nak bagi tahu makanan kegemaran, artis pujaan, aktiviti mingguan aku semua tu...haha. Nanti mungkin aku akan update dalam entry aku yang seterusnya......so, ni entry pengenalan jer..harap korang puas hati dengan entry ni (tengah excited menulis).

p/s: aku tak pandai sangat sebenarnya dalam bab2 nie...ntah berterabur ayat aku. 1st entry la katakan...haha.
Readmore...