Banner 468

Wednesday, 7 December 2011

Pernahkah Anda Mencintai atau Dicintai?


2 komen
 

Sebagai manusia normal perasaan untuk memiliki pasangan hidup memang terdetik. Tetapi pernahkan kita mencari makna disebaliknya?. Makna mencintai dan dicintai. Mencintai si dia memang mengembirakan tetapi kadangkala mencintai boleh mengakibatkan seseorang menderita. Kadang-kala dicintai itu lebih indah dan bermakna dari mencintai kerana hati ini akan selalu menjadi perhatian si dia.

Cinta tu menjadi hambar sekiranya perasaan hanya menjadi mainan. Sebab ianya bukanlah cinta tetapi cuma sandiwara palsu belaka. Pernahkan anda menunjukkan perasaan cinta terhadap si dia?. Jika benar, apakah buktinya?. Adakah cinta yang dimaksudkan sekadar pandai menyebut "i love you". Ternyata itu salah dan bukannya cinta kerana cinta itu perbuatan dan kata-kata yang dilaksana. Jadi, tidak perlu mengharap jika pasangan anda cuma meluahkannya hanya sekadar syarat pasangan bercinta sahaja. Lebih baik mencari makna cinta yakni belajar mencintai seseorang dengan ikhlas kemudian barulah merasa hakikat dicintai.

Cinta yang halal hanyalah melalui sebuah perkahwinan. Cinta sebelum berkahwin adalah palsu belaka. Jadi, adakah anda sudah merasa dicintai atau mencintai seseorang?. Jika begitu bawalah pasangan anda menuju sebuah perhubungan yang diredhai Allah iaitu mahligai perkahwinan

P/s: Apakah definisi cinta dimata anda?
Readmore...
Friday, 21 October 2011

5 Sebab Kenapa Lelaki Sedih Bila Putus Cinta


23 komen
 
Gambar hiasan

Sebelum tu aku nak tanya, pernah tak korang bercinta?.....ha tipu la kalau tak, tak pon pernah ada feeling kat perempuan tu tapi dia plak tak suka korang or pernah cinta "monkey2" dengan dia time sekolah dulu. Haha. Lelaki ni kalau bercinta mesti dia rasa bangga sebab ada orang ambil berat pasal dia dan mulalah angau ngan perempuan tu sampai buat apa saja untuk si dia.

Macam kat bawah ni:

"oh sayang, abang akan cintakan sayang sepenuh hati, walaupun terpaksa mengharungi lautan api". Ok, itu tipu!

Bila dah angau mulalah nak serahkan segala-galanya untuk si dia bagai. TETAPI, adakah cinta itu tulus dan suci seperti yang korang harapkan wahai kaum lelaki?....haha. Sebenarnya tiada cinta yang tulus dan ikhlas melainkan melalui ikatan perkahwinan yang sah. So, lelaki janganlah mudah percaya dengan cinta dan kata2 manis yang diluahkan pasangan anda takut nanti merana, dan sedarlah dan carilah kenapa dia sukakan korang adakah kerana cinta atau sebaliknya. Jangan nanti menyesal tak sudah, barulah tergandah bila menyedari cinta si dia hanyalah palsu-palsu belaka. (Ce wah!!.... berpuitis plak si Dayniel Izham ni).

So, kat sini aku ada 5 point atau sebab-sebab kenapa lelaki sedih bila putus cinta.

1. Banyak duit dah dihabiskan untuk si dia
Point ni aku rasa ramai dah kot lelaki yang sudah terkena. Ya betul, time couple biasalah tu belanja makan, beli bunga, tengok wayang pa semua tu... standard la kan, tapi ni sampai beli MacBook Air Pro atau Samsung Galaxy Tab 10.1 kat dia SEBIJIK! pe cita ni bro. Ni dah lebih....haha, sedangkan pakwe dia masih pakai Nokia 3310. So, bila dah putus tu..... takkan nak minta balik kot?

2. Heboh kat member-member, sanak saudara, makcik jual nasi lemak (Bangga tak bertempat)
Ni pon aku percaya mesti bila dah dapat pikat si dia, mesti nak 'menunjuk-nunjuk' awek dia kat member2, sanak saudara atau makcik2 kononnya macam dalam dunia ni dia sorang je ada makwe!. Bila kawan ajak lepak bagi alasan sibuk tengah shopping ngan awek dia kononnya, kiranya dia bangga la. Haha....tapi malangnya time putus SENYAP sepi tanpa khabar berita bila member tanya pandai bagi alasan....kan dah dapat MALU!!

3. Kena kutuk dengan member
Walaupun point ni lebih kurang sama dengan point no 2 tu tapi aku saja nak expand sikit point ni supaya aku leh terangkan kat korang lebih jelas lagi. Bila dah putus baru nak rasa MALU (sorok muka kat tembok pon tak guna lagidah) Tu takpe lagi, mesti lagi sedih kalau kena kutuk kaw2 dengan member. Haha.... aku tak leh nak imagine macam mana sedih+malu dia terpaksa hadapi masa tu (ketat muka nak cover) mungkin dia tak keluar rumah seminggu atau mungkin dia off phone 2 minggu or dia memang JENIS TAK TAHU MALU!.

4. Teringat balik kenangan bersama si dia
Time couple tu, mesti ada keluar ayat2 macam ni. "Kalau kita kawen, abang nak 18 orang anak", "awak bagaikan bidadari dalam hati saya " atau "saya tak kisah awak kurus ke, gemuk ke, montel ke saya tetap akan terima awak seadanya". Ok, aku nak cita kat korang ayat JIWANG ni memang luahan palsu2 belaka sebab time tu syok couple ngan dia kentut pon bau wangi  beb!. Bila dah teringat kat dia, mesti lah sedih sometimes tu tak boleh nak lupakan dia... almaklum lah cinta pertama la katakan.

5. Dia tayang pakwe baru dia
Last point ni paling tak boleh blah bagi aku walaupun entry ni 5 sebab kenapa lelaki sedih bila jatuh cinta, tapi bagi aku point ni paling lawak. Aku saja kata lawak mungkin sebab aku sorang aje kot rasa point ni lawak dan korang akan rasa point ni sangatlah sedih. Haha. Betul la tu..... mesti panas, terbakar, meletup hati  lelaki tu bila dia tayang pakwe baru dia kat korang atau terserempak dia dengan pakwe baru dia kat warung mak limah contohnya. Bagi aku, aku takkan sedih langsung sebab sah2 la dia ni jenis GOLD-DIGGER semata2.


6. Tak sempat meratah tubuh si dia.
Ok....aku malas nak ulas point ni sebab aku tahu sangat-sangat korang mesti faham punya. Kalau tak tahu tu aku SALUTE la sebab mesti iman korang sangat tebal kan?. Lol!

Ada lagi point yang korang nak tambah? .......kalau aku, banyak ni jer la. Haha

PEACE....entry ni ditulis bukan untuk kondem WANITA DI NEGARA INI tapi ianya adalah pengetahuan dan pengalaman yang datang dari diri aku sendiri. Lagipon aku tahu tak semua wanita di negara ni yang berperangai mcm aku tulis kat atas ni kan?. :)
Readmore...
Saturday, 25 June 2011

Sabar jer la dengan sifat manusia ni....


3 komen
 

Sifat manusia yang kita tak boleh nak ubah yang lahir dari perasaan manusia ialah sifat dengki dan cemburu. Tak habis2 nak dengki sehinggakan sanggup menfitnah dan mempengaruhi orang lain. Tak tahulah apa yang dorang tak puas hati sangat tu....yang geramnya dekat Facebook bukan main hebat lagi wat status sindir2 orang...tapi bila ajak bersemuka taknak@pengecut!.


Bila kita wat ayat bagus skit kata berlagak lah, angkuh la....tapi kalau dia kutuk orang tak sedar plak yang dia tu lagi teruk!!. Hello, ko tak kenal aku..so layakkah kau menilai seseorang yang kau kenal kat alam maya?...bukannya REALITI!...bak kata omputih dont judge a book by its cover. Sebelum tu sorry la kalau aku ada wat salah dengan ko..(walaupun aku tak tahu apa salah aku,..cer explain).

Setiap manusia ada tahap kesabarannya. Jadi, tak payahlah nak keruhkan lagi keadaan. Aku mengaku aku bukannya sempurna....masing2 ada wat salah cuma mungkin aku tak prasan. Janganlah ambil hati.


Satu lagi, janganlah nak benci-membenci ni....tak elok. Kalau benci bukan boleh membaikkan lagi keadaan tapi sebaliknya. Jangan gunakan laman sosial untuk kau memaki hamun secara terbuka...kan elok kalau kau inbox jer. Kepada yang buat page kutuk2 aku tu better korang delete....nanti takder lah dosa korang tu bertambah. Benda boleh selesaikan secara baik. 

Kepada haters yang terbaca entry ni nanti inbox la aku apa yang korang tak puas hati tu...tambah2 tukang yang create page tu. Sekian...
Readmore...
Thursday, 23 June 2011

Entry Pengenalan: Siapa Dayniel Izham?...


13 komen
 
Setelah sekian lama aku pendamkan keinginan aku untuk menjadi seorang blogger akhirnya tercapai. Dengan adanya blog peribadi aku ni.

Idea ini mula tercetus sejak aku di sem 1 universiti lagi, ramai kawan aku yang dah ada blog cuma aku jer yang takder lagi masa tu.....ramai gak la yang perli aku terutamanya kawan baik aku si Zakry dan Haniff. haha. Walaupun tak pandai sangat selok-belok blogging nie...tapi sekurang-kurangnya impian aku telah tercapai. So, si Zakry dan Haniff tak boleh perli aku lagi...hehe.

Ramai juga kawan facebook yang suruh aku wat blog, tapi aku tolak sebab kelapangan masa dan tahap penguasaan aku dalam dunia blogging ni. Ilmu pon kurang lagi. Namun, aku beruntung kerana aku ada seorang member Facebook ni nama dia Ahmad Fikrizaman, dialah yang ajar aku asas dalam blogging ni......dari aku tak tahu apa itu domain, hosting dan sebagainya....sehinggalah aku jadi tahu dan mula ambil tahu. haha...Terima kasih Fikri!. Ok stop.

.................................................................

Nak jadi blogger ni asasnya mestilah MINAT!....kalau setakat blogging nak kejar duit memang lingkuplah. Aku tak nafikan tujuan aku menceburi dunia blogging ni antaranya adalah minat dan wang (ni si Zakry la yang kaburkan mata aku ni...haha). Tapi, bukan setakat minat dan wang ringgit sahaja yang membangkitkan semangat aku untuk berblogging...pengaruh rakan juga adalah faktornya. Seperti yang aku cakap..yang paling penting minat la.

Ok dah....tak perlu kot aku nak bagi tahu makanan kegemaran, artis pujaan, aktiviti mingguan aku semua tu...haha. Nanti mungkin aku akan update dalam entry aku yang seterusnya......so, ni entry pengenalan jer..harap korang puas hati dengan entry ni (tengah excited menulis).

p/s: aku tak pandai sangat sebenarnya dalam bab2 nie...ntah berterabur ayat aku. 1st entry la katakan...haha.
Readmore...